Skip to main content
EkonomiGlobalHomeViral

Kenyataan Ugaz Tentang Rasuah Di Malaysia  Didakwa Cetek

By 3 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Malaysiaaktif) — Kenyataan yang dibuat oleh Presiden Transparency International (TI) Jose Ugaz semalam mencetuskan pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.

Ugaz yang menyatakan bahawa komitmen Malaysia untuk memerangi rasuah tidak boleh diambil serius selagi isu kemasukan jumlah wang berjuta ke dalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak diselesaikan.

Walaupun beliau yang berkata demikian dalam kapasitinya sebagai presiden TI, pelbagai soalan ditujukan kepadanya memandang negara Peru dari mana beliau berasal berkedudukan lebih teruk berbanding Malaysia dalam carta Indeks Tahunan Rasuah Global Transparency International.

Antara yang menyerang dan mempersoalkan pendirian Ugaz, blog pro-kerajaan, mymassa.

Blog tersebut mendakwa niat Ugaz datang ke Malaysia bertujuan untuk memalukan negara ini di hadapan peserta-peserta antarabangsa yang menghadiri persidangan anti-rasuah,  IACC di Putrajaya.

 

Tinggalkan komen anda