Skip to main content
Home

Pertandingan Akhir Pengisahan 1Malaysia 2015 Peringkat Perak

By 7 September 2015Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Dila Khamde

KUALA LUMPUR, 7 September 2015 (MalaysiaAktif ) – Pertandingan Akhir Pengisahan 1Malaysia 2015 Peringkat Kebangsaan bakal berlangsung pada 13 September di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan pada jam 2.30 petang.

Program tahunan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia ini bertujuan menggalakan masyarakat umum menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai peristiwa bersejarah, tokoh-tokoh dan dasar-dasar kerajaan di samping memberi penghargaan kepada tokoh dan penceritaan mengenai negara.

Antara cirri unik pertandingan ini ialah penceritaan dalam bentuk lakonan yang dapat dihayati melalui persembahan sketsa peserta yang penuh semangat dibantu prop, gaya, audio dan pencahayaan bagi menghidupkan semula penceritaan.

Tahun ini tema ‘Malaysia Sehati Sejiwa’ dipilih seiring tema sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Salman Al Farisi, salah seorang peserta pasukan dari Selangor yang menggelar diri mereka ‘Anak Soleh Malaysia’ inginkan masyarakat memahami dasar-dasar kerajaan melalui penyampaian lakonan mereka.

Topik ‘Jejak 1Azam’ tahun ini dipilih melalui mesej peluang yang diberikan oleh kerajaan menerusi Azam Niaga yang mungkin dilepas pandang oleh masyarakat.

Menurut Mohd Safwan Mohd Yusof yang juga salah seorang peserta pasukan dari Selangor, tumpuan kepada latihan salah satu cabaran kerana masing-masing bekerja dan mempunyai komitmen tersendiri. Namun begitu, mereka telah pun menjalankan latihan sebulan sebelum ke peringkat akhir.

Bagi Hazeehan Che Hussain, untuk menghayati dan melakonkan sesebuah watak memerlukan kajian dari pelbagai sumber, termasuk bahan bacaan dari perpustakaan, Internet dan dari pegawai-pegawai kerajaan sendiri. Skrip yang sesuai serta latihan yang mencukupi juga perlu disediakan dengan rapi supaya penyampaian tidak membosankan.

Kumpulan peserta dari Selangor ini tidak gentar berhadapan dengan pesaing-pesaing dari negeri lain dan ingin melakukan yang terbaik.

Menurut Sukari Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, penilaian berdasarkan kepada beberapa kriteria yang ditetapkan, iaitu pengisian maklumat atau mesej, serta ketepatan fakta kajian dan rujukan kumpulan peserta. Seterusnya cara penyampaian peserta dari segi lakonan semula dan juga keserasian.

Johan dari peringkat negeri akan diwakili ke peringkat separuh akhir (pertama) iaitu di Institut Kemahiran Belia Negara Sri Iskandar (IKBN) pada 11 September dan separuh akhir (kedua) di Kolej Universiti Islam, Sultan Azlan Syah Kuala Kangsar pada 12 September. Lima kumpulan finalis akan berentap di pusingan akhir pada 13 September.

Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 45 tahun dan peserta dimestikan menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 2 hingga 3 orang. Pemenang akan membawa pulang hadiah:

Juara – RM6,000, Piala Pusingan Setia Budi, Piala Iringan, Sijil Penyertaan

Naib Juara – RM5,000 Piala Iringan, Sijil Penyertaan

Ketiga RM4,000 Piala Iringan, Sijil Penyertaan

Saguhati – RM2,000 Piala Iringan, Sijil Penyertaan (untuk 12 kumpulan)

Mereka berkata demikian sempena wawancara di program Selamat Pagi Malaysia di RTM1 pagi ini.

Tinggalkan komen anda