Skip to main content
HomeViral

Upacara Penghormatan Terakhir Mendiang Inspektor Margaret

By 7 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Pradeeb Kumar Velayutham

KUCHING, 7 September 2015 (MalaysiaAktif) – Jenazah mendiang Inspektor ┬áMargaret Tagum Anak Goen selamat ┬átiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pukul 11.50 pagi ini.

Majlis penghormatan terakhir diadakan di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Kuching sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman beliau di Kampung Bogag, Bau, Sarawak.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan ia merupakan satu kehilangan yang cukup besar kepada pasukan.

Sementara itu, pihak PDRM sedang memburu seorang remaja yang dipercayai Mat Rempit yang merempuh mendiang Inspektor  Margaret Tagum Anak Goen  dalam  sekatan  jalan raya  di Johor semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, DatoÔÇÖ Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengadakan pelbagai operasi dan sekatan jalan untuk memburu suspek berkenaan yang menyebabkan kematian Inspektor Margaret Tagum Anak Goen, 32, dari Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

“Kita mengambil serius perkara ini dan polis akan memastikan mereka yang terlibat dalam kejadian itu dapat ditangkap dan dikenakan tindakan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kejadian ini juga mencetuskan pelbagai reaksi oleh pengguna laman sosial dan rakyat Malaysia.

 

Tinggalkan komen anda