Skip to main content
EkonomiHomeViral

Perdana Menteri Lancar UniTP Green Book

By 7 September 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Malaysiaaktif) – Buku Panduan Enhanching University Board Governance and Effeciveness , UniTP Green Book dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Universiti Putra Malaysia (UPM) petang tadi.

Menurut Najib, Ā UniTP Green Book merupakan buku panduan bagi memacu program transformasi di Universiti Awam (UA).

Beliau berkata, ia dapat memperkasakan kuasa autonomi tadbir urus UA, khasnya dalam membuat keputusan sendiri tanpa perlu bergantung kepada kerajaan bagi memastikan pendidikan tinggi lebih berkualiti.

Menerusi buku ini, Lembaga Pengarah Universiti diberi mandat berhubung polisi bagi menyokong program transformasi universiti. Kesan, struktur dan operasi Lembaga Pengarah Universiti juga akan bertambah cekap, sekali gus dapat menjana prestasi tinggi.

Perdana Menteri turut menyarankan penekanan wajar diberikan kepada pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik bagi memupuk daya saing yang kukuh di peringkat antarabangsa.

Penguasaan bahasa Inggeris juga perlu berada pada tahap yang tinggi tanpa perlu mengabaikan bahasa Malaysia.

Selain itu, beliau menekankan kepentingan pendidikan yang membentuk akhlak dan nilai murni, selain keperluan mengetahui kehendak pasaran sebagai teras penting dalam program transformasi universiti.

Program Transformasi Universiti ini merupakan salah satu inisiatif utama yang dilaksanakan pada 2015 di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.

 

Tinggalkan komen anda