Skip to main content
EkonomiHomeViral

BR1M Masih Diperlukan Golongan Berpendapatan Rendah

By 22 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ahmad Sani Darus, Mohd Fazian Ahmad, Mohd Zihan Zari, Mohd Khairi Sidik

SUNGAI PETANI, 22 Sept (Malaysiaaktif) — Orang ramai di daerah ini memberi reaksi positif terhadap Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) yang disifatkan mampu meringankan bebanan mereka .

Menurut mereka bantuan itu memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah ketika berdepan dengan bebanan kos sara hidup pada masa kini yang semakin meningkat .

Penerima BR1M, Manoharan Sinnapayan, 62, berkata bantuan ini sangat membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan perlu diteruskan.

“Bantuan BR1M ini sangat bagus, ada orang yang sangat memerlukan bantuan ini dan boleh meringankan beban sara hidup.

“Terdapat segelintir golongan mengadu tentang kenaikan harga barang dan minyak serta kos sara hidup yang tinggi dan bantuan seperti ini amat dinantikan,” katanya.

Katanya, BR1M adalah satu bukti yang jelas dalam usaha kerajaan untuk meringankan dan membantu rakyat berpendapatan rendah.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiaaktif disini, hari ini.

Manakala seorang lagi penerima, Zaiton Ali, 55, bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin menyalurkan bantuan ini.

“Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, dengan adanya bantuan BR1M ini dapat meringankan beban rakyat,“ katanya.

 

Tinggalkan komen anda