Skip to main content
HomeViral

Safiq Gesa Rakan Sepasukan Lupa Skor Kekalahan Tempoh Hari

By 7 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

PETALING JAYA, 7 Sept (Malaysiaaktif) — Menyahut saranan jurulatih sementara Skuad Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee  Kapten Bola Sepak Malaysia, Safiq Rahim menggesa skuadnya supaya melupakan skor kekalahan tempoh hari bagi memberi fokus kepada perlawanan seterusnya.

Beliau juga berharap pasukannya dapat memberi persembahan terbaik bagi memastikan Harimau Malaya mampu mencipta kemenangan apabila berdepan Arab Saudi di Stadium Shah Alam esok.

“Sebagai pemain kita kena menyesuaikan diri menghadapi benda ini, dan kita kena teruskan perjuangan walau apa pun berlaku” katanya dalam sidang media di Wisma FAM, Petaling Jaya hari ini.

“Motivasinya kita tidak boleh pandang ke belakang, maju ke depan dan saya harap baki perlawanan akan dapat keputusan yang positif sebab perlawanan seterusnya di homeground sendiri.”

Sebelum ini, skuad tersebut mencatat kekalahan 0 -10 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang dipercayai telah mencatat rekod terburuk sejak kali terakhir dibelasah 8-2 oleh Eintracht Frankfurt pada kejohanan Merlion Cup 1985.

Susulan kekalahan itu, bekas jurulatih pasukan kebangsaan negara, Dollah Salleh meletak jawatan dan tempatnya digantikan oleh Kim Swee yang dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tinggalkan komen anda