
Oleh Diyana Zamri & Aimi Huwaina
KUALA LUMPUR, 18 SEPT (Malaysiaaktif) – Pasukan Sinar Harian muncul Johan Pertandingan ‘Bowling Media Strikes Again 2015’ dengan kejatuhan pin tertinggi sebanyak 2,043 dan membawa pulang wang tunai RM1,000 bersama hamper.
Naib Johan dimenangi oleh pasukan Meja Ekonomi Bernama dengan 1,874 pin dan menerima RM800 berserta hamper.
Tempat ketiga dimenangi oleh RTM TV1 dengan 1, 866 jatuhan pin. Mereka mendapat wang tunai RM800 dan hamper.
Pasukan dari akhbar Kosmo dan NST Male berjaya memperoleh tempat keempat dan kelima dengan jumlah jatuhan pin terkumpul sebanyak 1,784 dan 1,739.
Aiman Zulkepli dari Sinar Harian dan Rumainah Mohd Nor daripada pasukan ‘Selamat Pagi Malaysia TV1 masing-masing memenangi Kategori Jatuhan Pin Tertinggi lelaki dan Wanita dan menerima hadiah wang tunai RM200 dengan jumlah jatuhan pin 568 dan 412.
Sebanyak 20 agensi media dan kira-kira 130 orang daripada 27 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang berlangsung di Ampang Super Bowl, Berjaya Times Square semalam.
Pertandingan yang masuk tahun ketiga ini dianjurkan jabatan Penerangan Malaysia dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.