
Oleh Haji Ramly Yusoff
KOTA KINABALU 17 Sept — Konsep “ada budi, tetap balas” merupakan ungkapan balas budi orang Sabah terhadap komitmen Perdana Menteri membangunkan rakyat Sabah, kata Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah semasa berucap menyambut kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke majlis sambutan Hari Malaysia Padang Merdeka di sini.
Sejak 52 tahun orang Sabah membuat keputusan yang betul dan tepat merdeka dan bernaung di bawah Malaysia. Hari ini hasrat orang sabah terus disuburkan dan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang amat komited mendengar suara keramat rakyat Sabah telah membuktikan negeri Sabah maju dan membangun dengan pesat.
Menurutnya, sebelum ini 16 september setiap tahun hanya acara penutup hari kemerdekaan yang disambut setiap 31 ogos. Oleh kerana Perdana Menteri amat mendengar suara hati rakyat Sabah dan Sarawak, di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, 16 september diangkat sebagai majlis rasmi yang penting dan dirayakan sebagai Hari Malaysia dengan penuh gilang gemilang.
Beliau juga menegaskanhanya semangat sodariti, kesatuan dan perpaduan rakyat membuktikan malaysia telah banyak menyelesaikan berbagai isu sebelum ini. Oleh itu beliau yakin untuk menyeru semua rakyat Sabah bersatu menyokong kepimpinan Dato Sri Najib demi kemajuan negara sekarang dan di masa akan datang.
Majlis sambutan yang dihadiri lebih 50,000 orang ini juga dihadiri oleh Tuan Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni, Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut hadir Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri , Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang juga wakil Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan serta barisan menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.