Skip to main content
EkonomiHomeViral

BR1M Peringkat Akhir Dibayar Mulai 21 September

By 18 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 18 Sept – Pembayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 yang dijadual pada akhir September ini dipercepatkan mulai 21 September sempena sambutan Aidiladha.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata dengan keputusan itu ia diharap dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan menjelang perayaan itu pada 24 September.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

“Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan BSN, Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut, penerima boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada [email protected].

Melalui pengumuman Bajet 2015, pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat dengan peringkat pertama pada 15 Jan dan peringkat kedua pada 28 Mei.

Tinggalkan komen anda