Skip to main content
HomeViral

Tiada Pemecatan Berlaku Dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

By 9 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Malaysiaaktif) — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa tiada pemecatan berlaku dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Beliau yang juga presiden UMNO melahirkan rasa gembira terhadap kesetiaan dan perjuangan politik anggotanya.

“Kita berbincang banyak perkara dan saya mengalu-alukan penglibatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

“Beliau juga menyatakan kesetiaan kepada UMNO dan kesanggupannya terus berjuang bagi memastikan UMNO berjaya dalam pilihan raya akan datang.”

Najib turut memberi penghargaan kepada Datuk Shafie Afdal di atas komitmen beliau untuk terus memperjuangkan agenda UMNO.

” Ucapan terima kasih juga kepada Shafie Afdal yang turut memberikan komitmen yang sama. Beliau juga menyatakan kesanggupan untuk bekerja demi kepentingan parti,” katanya.

Sebelum ini, tersebar khabar angin di laman sosial mendakwa Muhyiddin dan Shafie Afdal akan digugurkan daripada UMNO ekoran rombakan kabinet 28 Julai lalu.

 

Tinggalkan komen anda