
Oleh Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Malaysiaaktif) — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta orang ramai supaya memberikan tempoh enam bulan bagi menangani masalah berkaitan 1 Malaysia Development Berhad.
Walaupun masalah itu sudah berlarutan begitu lama, Najib berjanji isu tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang dijanjikan.
Beliau turut menekankan bahawa penjelasan penuh telah diberikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkaitan masalah itu.
“Saya telah diberi penjelasan tentang kedudukan semasa (1MDB) dan saya mohon tempoh enam bulan untuk kita mengurangkan hutang 1MDB dan menyelesaikan beberapa perkara tentang proses rasionalisasi yang akan dilaksanakan,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini, pihak Polis dan Bank Negara turut bekerjasama menyiasat punca sebenar masalah aliran tunai dan hutang 1MDB.