Skip to main content
EkonomiHomeViral

20.1 Juta Aktif Layari Internet, 16.8 Juta Di Media Sosial

By 28 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari memaklumkan hari ini lebih 20.1 juta rakyat Malaysia kini  aktif melayari Internet dan 16.8 juta daripadanya aktif dalam media sosial.

Beliau berkata ini susulan kadar penembusan jalur lebar sebanyak 72.2 peratus yang menunjukkan negara kita sedang membangun dalam dunia teknologi maklumat.

“Boleh dirumuskan bahawa rakyat menggunakan Internet untuk melayari media sosial, menonton video, bermain permainan dalam talian, aplikasi berasaskan lokasi, enjin pencari dan perbankan internet,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau membidas dakwaan pihak tertentu bahawa gaya hidup seiring dengan kemajuan teknologi kini telah memberi banyak kesan negatif kepada masyarakat.

Beliau berkata pihaknya telah mengambil pelbagai jalan alternatif untuk meningkatkan kawalan terhadap penyalahgunaan media sosial.

“Apabila media sosial timbul, masyarakat akan mengatakan suatu kelebihan tetapi pada masa sama ramai pihak ambil kesempatan termasuk menyebarkan fahaman dan kandungan berbentuk fitnah, perkauman, keganasan dan sebagainya.

“Bagi mencapai objektif tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil inisiatif mendidik pengguna tentang penggunaan Internet secara positif dengan memberikan fokus kepada empat isu utama bagi meningkatkan dan memantapkan kesedaran masyarakat awam terhadap tanggungjawab menggunakan nternet di era serba digital ini,” katanya.

Jailani turut menegaskan SKMM sentiasa bekerjasama dengan pihak tertentu untuk memastikan kes yang tidak diingini tidak berlaku.

Beliau juga menggesa ibu bapa memainkan peranan menyelia penggunaan Internet anak-anak mereka di rumah.

“Penyebaran maklumat palsu, buli siber, tabiat terlebih kongsi maklumat, penipuan kewangan Internet mendapat bantuan dan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia dan Persatuan Bank-Bank Malaysia.”

“Tanggungjawab mengawal penggunaan Internet tidak seharusnya diserahkan kepada kerajaan, sebaliknya ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam mengawal aktivitianak-anak mereka di Internet , terutama media sosial.”

 

Tinggalkan komen anda