Oleh Mohd Zahari Zakaria & Hanafi Sariman (Georgetown)
PULAU PINANG, 15 Okt (Malaysiaaktif) — Penyakit Anjing Gila (Rabis) pada ketika ini terkawal dan sebanyak 55,000 ribu dos vaksin telah sampai di Putrajaya.
Sebanyak 10,000 dos vaksin itu akan dihantar ke Pulau Pinang, 1,000 ke Perlis dan 5,000 ke Kedah.
Ini diumumkan oleh Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Veterinar, Dr. Kamarudin Isa dalam perbincangan bagi membentuk Jawatankuasa Menangani Isu Wabak Rabis di Jabatan Veterinar Pulau Pinang hari ini.
Menurut beliau, lima kawasan dijadikan sebagai projek perintis di Pulau Pinang, iaitu di Tanjung Bungah, Tanjung Tokong, Georgetown, Batu Maung dan Pasar Rambai.
Dr Kamaruddin berkata kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat dalam mengawal wabak ini adalah amat penting bagi membantu pihak jabatan melakukan pemvaksinan.
Di bawah projek ini, Pusat Vaksinasi Bergerak akan berkunjung ke lokasi-lokasi tertentu untuk melakukan pemvaksinan dan memberi kemudahan kepada pembela anjing mendapatkan rawatan pada harga RM5 sahaja.
Menurutnya beliau lagi, World Veterinar Federation turut membantu dalam memberi khidmat nasihat dan pengawalan penyakit ini, termasuk kempen pemandulan anjing yang menjadi sebahagian daripada aktiviti pengawalan pembiakan anjing yang tidak terkawal.
Dr Kamaruddin berkata Jabatan Veterinar juga akan bekerjasama dengan pihak NGO dan 17 buah klinik Veterinar Swasta dalam usaha memberikan vaksin.