Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

ADUN Skudai Umum Letak Jawatan, Tetapi Kekal Dalam DAP

By 12 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zahid bin Othman

GELANG PATAH, 12 Oktober (Malaysiaaktif) – ADUN DAP Skudai, Dr Boo Cheng Hau mengumumkan peletakan jawatannya hari ini sebagai ketua pembangkang negeri Johor setelah gagal mendapat tempat dalam barisan jawatankuasa parti negeri yang baharu.

Dr Boo, 51,yang juga bekas Pengerusi DAP Johor, membuat pengumuman itu di Ibu Pejabat DAP Bahagian Gelang Patah di Skudai hari ini.

 

DSC_0025

 

“Saya telah mengemukakan peletakan jawatan sebagai ketua pembangkang Johor kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Aziz Mohamad, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha DAP negeri, Gan Peck Cheng.

“Saya telah dikhianati oleh rakan-rakan sendiri, apabila ada di antara mereka memburukkan nama saya di kalangan ahli-ahli sedia ada bagi memastikan kejatuhan saya,” beliau berkata kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.

“Ini juga menyebabkan saya tidak mendapat undi yang cukup untuk mendapat tempat dalam pemilihan jawatankuasa DAP pada pemilihan parti di Batu Pahat semalam,” katanya lagi

Beliau, bagaimana pun, berkata akan meneruskan tugasnya sebagai Ahli Undangan Negeri dan tidak berhasrat untuk keluar parti.

“Tiada siapa boleh mempersoalkan kesetiaan saya kepada parti,” kata Dr Boo, yang memegang jawatan sebagai ketua pembangkang negeri sejak tujuh tahun lalu.

Doktor perubatan yang terkenal dengan suara bebas dalam parti, menjadi pemimpin pembangkang untuk mewakili Pakatan Rakyat di dalam Dewan Undangan Negeri Johor pada 2008.

Pada Januari 2014, selepas pilihan raya parti negeri, jawatan Dr Boo sebagai pengerusi DAP Johor digantikan oleh pengerusi semasa parti dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong..

 

Tinggalkan komen anda