
Oleh Suhairi Ishak (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU(Malaysiaaktif) 28 Okt 2015 — “Saya berharap suatu hari nanti, tanjak akan dipakai sepenuhnya oleh anak-anak muda, dan bukan hanya dipakai bersama baju Melayu ke majlis keramaian, tetapi juga dipakai pada hari biasa”.
Itu harapan Alfisyahrin, pengusaha cenderamata “Tanjak” sewaktu ditemui pada pembukaan Internasional Dragon Boat Race 2015 di Sungai Carang,Tanjung Pinang, Indonesia Jumaat lepas.
“Zaman dahulu Tanjak diguna pakai oleh pembesar negeri dan rakyat biasa. Kini tidak lagi digunakan sebab peredaran masa dan zaman. Namun saya berharap masyarakat sekarang, lebih lagi anak anak muda dapat menerima kembali pemakaian tanjak dan diguna pakai pada bila bila masa saja”.
Tanjak biasa yang berharga RM5 keatas diperbuat daripada kain biasa atau songkit mula diperkenalkan oleh Alfisyahrin sepanjang acara tersebut.