Skip to main content
Berita TempatanPulau Pinang

Hari Sukan Negara Di Kampung Genting Balik Pulau

By 10 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azimee Abdullah & Sherul Nizam Zakaria

BALIK PULAU, 10 Okt, (Malaysiaaktif) — Satu program sempena Hari Sukan Negara anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Genting telah diadakan di Kampung Genting, Balik Pulau hari ini.

Program yang berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga 1.00 petang ini turut melibatkan masyarakat setempat dan Kelab Basikal GTB Balik Pulau dan dianjurkan bagi  memberi pendedahan serta menarik minat masyarakat setempat mengamalkan gaya hidup sihat.

 

20151009234121 (1)

Antara acara yang diadakan hari ini, termasuk Senamrobik, berjalan kaki 1000 langkah dan kayuhan Basikal sejauh 5 kilometer di sekitar Kampung Genting.

Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoub Husain Shah.

Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan makanan kepada para penerima yang kurang berkemampuan.

 

20151009234121

 

 

Tinggalkan komen anda