Skip to main content
Berita TempatanPulau Pinang

Masjid Pun Sambut Seruan Menyertai Hari Sukan Negara

By 10 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ariza Mohd Zaki & Azrul Hasan (Pulau Pinang)

KEPALA BATAS, 10 Okt (Malaysiaaktif) — Hari Sukan Negara disambut hari ini dengan lebih 4.2 juta rakyat Malaysia mendaftar untuk menyertai 17,648 acara, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Putrajaya semalam.

Hari ini, ahli qariah Masjid Al-Jamiul Badawi di sini turut tidak ketinggalan dengan menganjurkan aktiviti senaman pagi di perkarangan masjid.

 

20151009210933 (1)

 

 

Sesi senaman yang membabitkan lebih 50 orang ahli qariah itubermula pada pukul 6.45 pagi setelah selesai solat jemaah subuh.

Dalam ucapan aluannya, Pengerusi Qariah Masjid, Datuk Arshad Zakaria, menyarankan agar aktiviti sihat sebegini patut diteruskan pada masa akan datang.

Menurut beliau lagi, Islam mengalakkan umatnya hidup secara sihat, dan bersukan adalah satu gaya hidup sihat.

Sementara itu, pembantu Imam, Haji Abdul Aziz turut menyokong saranan kerajaan melalui kehidupan cara sihat ini.  Beliau mengaku berasa seronok kerana melalui aktiviti seperti ini juga perhubungan antara ahli qariah dapat dieratkan lagi.

 

20151009210934

 

 

Tinggalkan komen anda