Skip to main content
Berita TempatanPulau Pinang

Majlis Induk Hari Sukan Negara di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang

By 10 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mahyuddin Abdul Rani (Pulau Pinang)

PULAU PINANG, 10 Okt (Malaysiaaktif) — Hampir 10,000 peserta memeriahkan Majlis Perasmian Hari Sukan Negara peringkat Pulau Pinang pagi tadi.

Bagi Pulau Pinang, beberapa aktiviti sukan yang berlangsung di Stadium Batu Kawan sejak pukul 7.30 pagi itu disusun serentak dengan acara yang diadakan di seluruh negara.

Program-program yang diadakan termasuk ‘Penang Bridge Challenge’ yang merangkumi acara berbasikal sejauh 30km, larian 30km dan 10km, acara berkayak serta pameran anjuran badan bukan kerajaan.

Hadir menyempurnakan beberapa aktiviti, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Program Hari Sukan Negara diadakan bagi menjadikan Malaysia negara bersukan dan sihat serta rakyat yang bersatu padu.

 

Tinggalkan komen anda