
Oleh Muhamad Nawawi Kasa & Fazian Ahmad (Pendang)
PENDANG, 27 Okt (Malaysiaaktif) — Kerjasama Jabatan Penerangan Kedah dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diteruskan melalui program “Jalinan Kasih ” yang dijayakan bersama Komuniti 1 Malaysia (K1M) Kampung Sungai Durian dan Pusat Maklumat Rakyat Pendang.
Pegawai Penyelaras Komuniti 1 Malaysia Peringkat Negeri Kedah, Ismail Hassan memaklumkan bahawa inisiatif ini bertujuan membantu warga emas yang sakit atau mereka yang dalam kesusahan. Ia juga merupakan diantara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun.
Haji Othman Salleh ,80 tahun melahirkan rasa syukur diatas bantuan yang dihulurkan. Beliau yang lumpuh hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Seorang lagi warga emas, Che Gayah Salleh, 69, terharu dengan program ini. Beliau yang hanya berkesot ketika ditemui mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang disampaikan.
Bantuan yang diberikan berupa beras,minyak masak,gula,kopi,teh,kicap,tepung gandum dan barangan barangan makanan lain.