Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

LADA, Pejabat Agama Anjur Kursus Urus Jenazah Di Langkawi

By 27 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Nazri Saparuddin (Langkawi)

LANGKAWI, 27 Okt (Malaysiaaktif) — Pejabat Agama Daerah Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Daerah Langkawi 2015 di Masjid Aishah, Kuah hari ini.

Kursus ini diadakan khas untuk jabatan-jabatan kerajaan, NGO, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan di Daerah Langkawi.

Penceramah jemputan ialah Imam Masjid Bedong Haji Ahmad @ Kassim Awang.Beliau yang berpengalaman luas dalam menguruskan jenazah juga menyampaikan ceramah kepada peserta disamping mengadakan demostrasi untuk kira-kira 90 orang peserta.

Turut hadir pada kursus tahunan anjuran Pejabat Daerah Agama Langkawi ini, Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Langkawi Syeikh Mohd Usamah Talib.

 

Tinggalkan komen anda