Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

‘Jangkitan Leptospirosis’ – Hutan Lipur Gunung Pulai Ditutup

By 28 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Suhairi Ishak (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 28 Okt (Malaysiaaktif) — Hutan Lipur Gunung Pulai Johor, dicemari bakteria “Leptospirosis “atau Kencing Tikus. Ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Johor Datuk Ayub Rahmat dalam sidang media di Johor Bahru petang tadi.

Katanya, “bagi mengawal keadaan Hutan Lipur Gunung Pulai 1 dan 2 terpaksa ditutup selama tiga bulan.”

Beliau berkata pencemaran itu disebabkan sikap segelintir pengunjung yang membuang sampah merata rata hingga menjadikan kawasan tersebut tempat pembiakan tikus.

Ayub berharap sepanjang tempoh penutupan ini  orang ramai tidak mengunjungi tempat tersebut .

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan, akan berusaha untuk memulihkan kembali agar Hutan Lipur Gunung Pulai pulih seperti sedia kala” katanya lagi.

 

Tinggalkan komen anda