Skip to main content
HomeViral

Jerebu: Penutupan Universiti Keputusan Naib Chanselor

By 21 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Faris Fuad

SHAH ALAM, 21 Okt (Malaysiaaktif) — Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata desakan beberapa pihak menyeru supaya universiti ditutup ekoran jerebu yang teruk bergantung kepada keputusan Naib Canselor masing-masing.

Beliau berkata mereka akan sendiri akan mengambil tindakan sekiranya keadaan jerebu mencapai IPU yang sangat membimbangkan.

“Situasi berbeza antara universiti dan juga sekolah yang mana sekolah menerima arahan daripada pengarah pendidikan manakala universiti pula mempunyai Naib Canselor mereka sendiri yang sememangnya faham keadaan penuntut,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Tadbir Urus 1 UiTM Multisystem di Dewan Agong Tuanku Canselor, UITM Shah Alam hari ini.

“Memang kita sudah menurunkan kuasa kepada setiap Naib Canselor sama ada penuntut boleh meneruskan pembelajaran atau pun tidak.”

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada semua universiti untuk mengurangkan aktiviti luar buat sementara waktu.

“Bagaimanapun kita peka dengan keadaan tersebut dan memberitahu kepada setiap Naib Canselor supaya kurangkan aktiviti luar.

“Sekiranya jerebu tidak menganggu sistem pembelajaran ia bermakna sesebuah universiti masih beroperasi seperti biasa.”

Sebelum ini, keadaan jerebu yang semakin membahayakan itu telah menyebabkan lebih 3,000 sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup bagi tujuan keselamatan.

 

Tinggalkan komen anda