Skip to main content
HomeViral

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora – Meteorologi

By 31 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 31 Okt  — Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori satu serta amaran ribut petir menyeluruh di perairan Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sarawak (Kuching) sehingga lewat petang ini.

Sementara amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore sehingga Selasa ini.

Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan jabatan itu.

Keadaan sama dijangka berlaku di perairan Selat Melaka, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Kuching dan Reef South sehingga lewat petang ini.

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda