Skip to main content
HomeJohorViral

Kapal MT Almi Spirit Dirompak Di Selat Singapura

By 15 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

JOHOR BARU, 15 Okt — Sebuah kapal, MT Almi Spirit dinaiki enam perompak di Selat Singapura pada Khamis.

Kejadian itu disahkan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menerusi catatan akaun twitter beliau.

“ALMI SPIRIT dinaiki 6 perompak di Selat Singapura 7 pagi tadi, dipintas KM Rawa dan Bot Kilat APMM di Tanjung Pelepas Johor,” katanya menerusi laman twitter terbabit.

Menurut APMM Wilayah Selatan, sidang akhbar berkenaan kejadian itu akan diadakan pada 1.30 petang ini, di Pejabat APMM Wilayah Selatan, di sini oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Johor Baharu Kepten Maritim Aminuddin Abd Rashid.

 

– BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda