Skip to main content
HomeViral

MH17 : Duta Rusia Kecewa Isu Sebenar Tidak Terjawab

By 15 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

KUALA LUMPUR: Kedutaan Rusia di sini menyatakan kekecewaan negara tersebut terhadap laporan siasatan berhubung nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Duta Rusia ke Malaysia, Valery N. Yermolov pada sidang media di kedutaan di sini pagi Khamis berkata, banyak persoalan yang masih tidak dijawab dalam laporan akhir itu.

Katanya, dalam laporan itu juga tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17 di timur Ukraine.

Pada Selasa lalu, Lembaga Keselamatan Belanda mengeluarkan hasil laporan mengesahkan MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Tragedi itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia.

 

– MS

 

Tinggalkan komen anda