Skip to main content
HomeViral

Ke Arah Mengekalkan Keindahan Kawasan Pelancongan Sg Kilim

By 3 Oktober 2015Oktober 4th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 

Oleh Salwa Izhar, Saiful Haidar Salleh , Mohd Nazri Safaruddin & Mohd.Azrul Hafiz Nazri

LANGKAWI, 3 Okt (Malaysiaaktif) — Kawasan Sungai Kilim di sini sentiasa menjadi tumpuan pelancong untuk menghayati alam semula jadi sungai, hutan bakau dan ekologi setempat.

Sehubungan itu, Kelab Rotary Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menganjurkan program pembersihan Sungai Kilim 2015.

 

20151003000037

Program dibantu para anggota TLDM Langkawi.

 

Program tersebut turut dibantu oleh anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang berpangakalan di Langkawi.

Menurut Panglima TLDM Wilayah Laut Tiga, Laksama Pertama Rosli Hj Yoop, program kali kedua ini bertujuan membantu memelihara kebersihan keindahan dan keutuhan presint yang dikenali sebagai Langkawi Kilim Karst Geopark Forest itu.

Rolsi berkata, inisiatif tersebut juga bagi memupuk kesedaran dan sifat kesepunyaan masyarakat Langkawi, termasuk penggiat pelancongan supaya mengekalkan pulau bersejarah ini sebagai antara 10 pulau pelancongan terkemuka di dunia.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program itu hari ini.

 

 

Tinggalkan komen anda