Skip to main content
HomeViral

Laluan Khas Untuk Warga Emas di Klinik, Hospital

By 3 Oktober 2015Oktober 4th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Sarah Nur Saad & Mohd Rizal Abdul Rahman

KULIM, 3 Oktober (MalaysiaAktif) – Inisiatif menyediakan Laluan Ekspress bagi pemeriksaan kesihatan untuk warga emas akan diadakan di semua klinik dan hosiptal kerajaan.

Di negeri Kedah, antara yang telah menyediakan kemudahan ini,termasuk Klinik Kesihatan Taman Selasih, Klinik Kesihatan Kulim dan Hospital Kulim mengikut hari yang ditetapkan.

Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Daerah Kulim, Dr. Raja Zainal Abidin berkata kemudahan ini disediakan setelah mengambil kira keperluan dan suara rakyat, terutama yang berada di tempat yang berpenduduk tinggi.

Sementara itu, beliau turut meminta agar anak-anak prihatin menjaga kesihatan ibu bapa dengan membawa mereka sekurang-kurangnya dua kali setahun  bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan.

Dr Raja Zainal berkata demikian semasa Program Kesihatan Warga Emas Sedim 2015di sini  hari ini.

 

Tinggalkan komen anda