
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Malaysiaaktif) — Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhampiran Terowong Menora berhampiran Ipoh pagi tadi.
Menurut kenyataan dikeluarkan JPJ, kemalangan yang berlaku di KM 256.7 Lebuhraya PLUS arah Selatan itu membabitkan tiga anggota dan dipercayai disebabkan keadaan cuaca dan jalan raya yang licin.
Kesemua anggota terbabit kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
JPJ berkata siasatan lanjut berhubung insiden tersebut sedang dijalankan.