Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Kursus Penyembelihan Ayam Tarik Minat Belia Wanita

By 31 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Edawati Sulaiman @ Hod (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Malaysiaaktif) — KEMAS Wilayah Persekutuan hari ini menganjurkan Kursus Penyembelihan dengan penyertaan seramai 42 orang belia di kawasan Parlimen Setiawangsa. Lebih menarik lagi, apabila 16 orang peserta terdiri daripada wanita.

Pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut dijemput membantu dalam kursus merangkumi teori dan latihan amali tentang penyembelihan yang betul mengikut hukum syarak.

Kursus setengah hari ini diadakan di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa.

 

20151031053902 (1)

Kursus ini memberi pendedahan kepada belia mengenai adab, teknik penyembelihan dan cara pembersihan bulu ayam.

 

Menurut Penyelia KEMAS, Zamnah Mohd Yusuf, kursus ini memberi pendedahan kepada belia mengenai adab, teknik penyembelihan dan cara pembersihan bulu ayam dengan betul supaya dapat  memastikan makanan yang dimakan itu halal. Sebanyak 40 ekor ayam disediakan untuk latihan amali oleh peserta yang dibekalkan dengan kit penyembelihan, iaitu pisau, apron dan tuala muka.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari turut belajar cara penyembelihan ayam sebelum menyampaikan sijil kepada semua peserta. Beliau berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi khusus untuk golongan belia.

 

Tinggalkan komen anda