Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Hari Keluarga Penduduk Taman Sentul Utama Eratkan Silaturahim

By 31 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mazlina Abdul Aziz (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Malaysiaaktif)  — Persatuan Penduduk Taman Sentul Utama  dengan kerjasama komuniti Taman Sentul Utama hari ini mengadakan Program Sukaneka dan Hari Keluarga bagi penduduk kawasan tersebut.

Program yang berlangsung di Pusat Komuniti Cawangan Sentul Murni Utama melibatkan seramai 130 orang ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk.

 

20151031022320

 

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sentul Utama, Haji Jamil Abdul Manap, beberapa acara diadakan seperti pertandingan mewarna untuk kanak kanak, gubahan barangan terpakai, masakan tradisional, sukaneka dan senamrobik.

Beliau berkata, program sebegini dapat merapatkan hubungan di antara  penduduk bandar yang semakin hilang semangat kejiranan.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk,  Maimon Md Noor berkata program kali ini mendapat sambutan menggalakkan, walaupun mereka menghadapi masalah mendapatkan lokasi sesuai untuk mengadakan program kemasyarakatan.

 

Tinggalkan komen anda