Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Jerebu: Sesi Persekolahan Petang Di Pulau Pinang ditangguhkan

By 21 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azrul Hasan

PULAU PINANG, 21 Okt (Malaysiaaktif) — Persekolahan sesi petang di Pulau Pinang di tangguhkan hari ini.

Pada kira-kira pukul 1.00 petang tadi satu surat arahan telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang mengarahkan agar sesi persekolah sesi petang ditangguhkan.

Penangguhan dirasakan perlu apabila bacaan indeks pencemaran udara  (IPU) di Pulau Pinang mencatatkan bacaan tidak sihat sejak semalam.

 

let

 

20151021015541 (1)

 

Bacaan yang diperoleh Malaysiaaktif mendapati Universiti Sains Malaysia (USM) mencatatkan IPU 160, Perai, 130 dan Seberang Jaya 2, 157 setakat pukul 3.00 petang.

Beberapa ibu bapa yang ditemui turut menyatakan perasaan kurang senang apabila arahan ini dikeluarkan secara mengejut.

Mereka merungut kerana bukan semua ibu bapa bekerja berhampiran sekolah dan waktu arahan tersebut dikeluarkan mereka terpaksa bergegas balik mengambil anak-anak masing-masing.

Semenatara itu, ibu bapa juga bertanya sama ada sesi persekolah untuk esok akan terus ditutup atau sebaliknya. kerana tiada sebarang maklumat diperolehi sehingga kini.

Pemantauan Malaysiaaktif turut mendapati ketampakan rendah di sekitar Pulau Pinang sehingga menyebabkan Seberang Perai tidak kelihatan dari sebelah pulau.

 

Tinggalkan komen anda