Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganuViral

Empat Pelajar Cedera Dalam Kejadian Letupan Belon Gas

By 10 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN, 10 Okt (Malaysiaaktif) — Hadirin yang mengambil bahagian dalam Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Kemaman tengahari tadi dikejutkan apabila berlaku letupan gas daripada belon di hadapan pentas utama.

Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira pukul 12 tengahari  ketika kanak-kanak dari SK Kampung Tengah, Kuala Kemaman yang meluru ke depan untuk mendapatkan belon.

 

20151009224402

 

Letupan didakwa berlaku berikutan tindakan seorang petugas yang menggunakan pemetik api untuk memotong tali belon.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr. Mohd Anuar Abdul Rahman, seramai empat orang pelajar dan seorang pemandu Majlis Perbandaran terkena letupan  dan sambaran api gas.

Mereka kemudian segera dibawa dengan ambulans ke Klinik Kesihatan Kuala Kemaman untuk rawatan lanjut.

Terbaharu, Malaysiaaktif dimaklumkan dua orang mangsa sudah dibenarkan pulang, sementara tiga orang lagi terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan luka terbakar darjah kedua (2nd Degree Burn) dan mereka kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

 

 

Tinggalkan komen anda