Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Mini Karnival Usahawan Mendapat Sambutan Luar Biasa

By 31 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka & Khairunnisa Abd Rahman (Melaka)

MELAKA, 31 Okt (Malaysiaaktif) — Mini Karnival Usahawanan dan Kesihatan yang berlangsung di Perpustakaan Desa Kg Tehel bertujuan memberi pendedahan pendidikan kesihatan kepada masyarakat setempat, selain menggalakkan mereka menceburkan diri dalam keusahawanan.

“Sesungguhnya usaha melahirkan usahawan akan lebih berjaya dengan penglibatan para usahawan. Bimbingan mereka dijadikan sumber rujukan penting bagi usahawan-usahawan baharu”, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban, Datuk Ng Choon Khoon, dalam ucapan perasmian beliau.

 

20151031043300

 

Selain gerai jualan, di karnival ini juga terdapat perkhidmatan urutan refleksologi, demonstrasi mencegah kebakaran, senamrobik dan pameran kesihatan.

Karnival yang menarik lebih 300 orang pengunjung ini dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Kg Tehel, Mini RTC Tehel dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keelamatan Kampung (JKKK).

 

Tinggalkan komen anda