Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHome

Dasar Pemisah Untuk Penjawat Awam Berprestasi Rendah

By 31 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

MELAKA, 31 Okt (Malaysiaaktif) — Penjawat awam sebagai tulang belakang dan penggerak utama dasar kerajaan wajar mencerminkan integriti dan menzahirkan produktiviti yang tinggi.

Elemen-elemen ini amat penting bagi memastikan penjawat awam memenuhi kehendak rakyat.

Ke arah merealisasikan matlamat ini kerajaan akan memperkenalkan Dasar Pemisah (Exit Policy) yang menyediakan mekanisme untuk menamatkan perkhidmatan pegawai berprestasi rendah.

 

IMG-20151031-WA0015

Foto Sumbangan Najwa Amin (JPA)

 

Ini dinyatakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Zabidi Zainal dalam Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional (MBKPPP) di sini hari ini.

Zabidi turut mengajak Penjawat Awam menzahirkan rasa syukur di atas beberapa insentif yang diluluskan untuk mereka melalui Bajet 2016.

Katanya lagi, kerajaan memberikan perhatian kepada kelompok B40 dan M40, selain berusaha meningkatkan pendapatan isi rumah serta menangani kos sara hidup melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

 

IMG-20151031-WA0013

Foto Sumbangan Najwa Amin (JPA)

 

MBKPPP yang bermesyuarat untuk kali kedua hari ini dihadiri oleh wakil daripada 12 persatuan dan kesatuan pekerja, antaranya Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGPS); Malaysian Medical Association (SCHOMOS) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Semenanjung Malaysia.

Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Pengerusi Pihak Pekerja yang juga Timbalan Presiden, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Tay Meng Seng.

Antara insentif di bawah Bajet 2016 yang diberikan kepada golongan ini , termasuk faedah pemindahan gaji bersamaan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred kepada 1.6 juta penjawat awam dengan peruntukan RM 1.1 billion.

Mereka juga menikmati penambahbaikan 252 skim yang memberi faedah kepada 460,000 penjawat awam serta penetapan gaji permulaan terendah kepada RM1,200 sebulan yang memanfaatkan 60,000 penjawat awam.

Turut diumumkan pemberian khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada pesara awam. Kedua-dua bayaran ini berjumlah hampir RM1 billion dan akan dibuat pada Januari 2016.

 

Tinggalkan komen anda