Skip to main content
HomeViral

Patriotisme: Penerimaan Negara Secara Total – Dr Nordin Kardi

By 3 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Asmaya Ali (Perak)

SERI ISKANDAR, 3 Okt (Malaysiaaktif) —Kepentingan perpaduan kaum yang menjadi intipati hujah Kumpulan Grand Team menjulang nama mereka sebagai pasukan terbaik dalam Diskusi Demokrasi Berparlimen Raja dan Rakyat Berpisah Tiada di Seri Iskandar pagi tadi.

Antara matlamat diskusi tersebut untuk mendedahkan Generasi Y (Gen Y) kepada struktur demokrasi berperlembagaan yang menjadi dasar perundangan, budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini.

 

tuw

 

Tiga kumpulan lain yang turut bersaing dalam diskusi yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)Seri Iskandar ini, termasuk Infiniti Network, Maharjalela dan  Gen Y.

Menurut pelajar semester 2 IKBN jurusan Rangkaian Komputer, Nurerma Shafarina Abdul Razak,  diskusi ini sesuai diadakan ketika Generasi Y kurang memahami mengenai konsep pertalian di antara raja dan rakyat.

Menurutnya, sejarah kerajaan beraja lebih 600 tahun dahulu yang bermula dengan Kesultanan Melaka membuktikan institusi itu masih relevan dan perlu dipertahankan.

 

20151002212617

Antara Gen Y yang hadir di diskusi pagi tadi.

 

Sementara itu, pakar rujuk jemputan di program ini, Rektor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar (KUISAS) Tan Sri Dr Nordin Kardin mendapati sangat matang anak muda apabila diberi peluang untuk berhujah.

Beliau memberitahu Malaysiaaktif bahawa mereka hadir dalam diskusi tersebut dengan perisian yang mantap supaya dapat mendepani segala isu yang dikupaskan.

Dr Nordin merumuskan bahawa para peserta muda yang mengambil bahagian hari ini bersetuju  patriotisme hendaklah ditafsirkan sebagai menerima negara ini secara totaliti yang didalamnya ada segala kelemahan dan kelebihan namun dikasihi dalam satu pakej lengkap.

Beliau juga berkata generasi muda yang hadir menghargai keputusan institusi Sultan menyerahkan kuasa mutlak mereka kepada rakyat menjadi kuasa yang diatur secara bertulis dalam perlembagaan.

Program diskusi ini dirasmikan oleh Exco Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Program diskusi ini merupakan kesinambungan kepada program yang pernah diadakan di Johor.

Pada program yang sama, aplikasi Android “MyRaja” yang mengandungi perisian mengenai alat kebesaran raja, salasilah dan sebagainya turut diumumkan dan boleh dimuat turun menerusi Google Playstore secara percuma.

 

 

Tinggalkan komen anda