Skip to main content
Home

Diskusi Demokrasi Berparlimen: Raja dan Rakyat Berpisah Tiada

By 3 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Haji Ramli Yusof

SERI ISKANDAR, 3 Okt (Malaysiaaktif) — Peranan yang berkesan perlu dilaksanakan oleh rakyat, khasnya generasi Y bagi menjamin kelangsungan Demokrasi berparlimen Raja dan rakyat berpisah tiada.

Taat setia kepada raja dan negara dalam Rukun Negara adalah sejarah serta warisan  jatidiri kepada semangat petriotisme yang utuh. Ianya perlu dipertahankan demi keamanan dan kemajuan negara.

Demikian YB Dato Drs Mohd Nizar Zakaria, Pengerusi Jk Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Siasah Negeri Perak semasa merasmikan Program Diskusi Demokrasi Berparlimen: Raja dan Rakyat Berpisah Tiada di IKBN Seri Iskandar Perak pagi ini

Seramai lebih 800 generasi Y hadir dan mengambil bahagian membahaskan tema berkenaan di bawah pimpinan pakar rujuk Tan Sri Dato Prof Dr Nordin Kardi,Rektor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar, Perak

Beliau yakin ancaman fitnah dan salah guna media sosial perlu ditangani dengan menjadikan  semangat Cinta Negara sebagai benteng bagi memupuk semangat sayang dan taatkan raja.

Semangat positif ini terbukti dengan sambutan dan sokongan rakyat terhadap Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 6 mei lepas dan taat setia kepada DYMM SPYD Pertuan Agong.

Hadir dalam program diskusi berkenaan Dato haji Ibrahim Abdul Rahman KP Jabatan Penerangan dan Tuan Haji Fisal Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar.

Program ke 2 setelah diadaan pd 8 sept yg lalu di johor. Matlamat program ialah utk terapkan nilai positif  terhadap kedaulatan institusi raja raja di kalanagan gen Y. Ianya juga bagi memantapkan pemikiran kenegaraan  kpd anak muda sebagai pemimpin dlm semua bidang demi pertahankan kelangsungan negara pd masa akan datang.

 

Tinggalkan komen anda