Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Seramai 48 Terima Bantuan 1 Azam Di Titiwangsa

By 25 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Malaysiaaktif) — Seramai 48 org menerima Bantuan 1Azam di Parlimen Titiwangsa pada hari ini. Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan peluang kepada golongan berpendapatan rendah  menjana pendapatan. Ini merupakan usaha berterusan oleh kerajaan bagi memperkasakan kumpulan sasar supaya berdikari demi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan sosial kerajaan.

Program 1azam juga membolehkan peserta menjalinkan kerjasama dan berkongsi idea dalam bidang keusahawanan. Sejak dilaksanakan pada 2010,seramai 183,931 peserta telah berjaya dalam bidang perniagaan,pekerjaan dan perusahaan.

Mengikut statistik, permohonan 1Azam Kementerian Wanita Keluaga dan Masyarakat dari 2011 hingga menampakkan sambutan, terutama pakej kuih muih,pakej gorengan pelbagai, pakej kedai makan dan pakej jahitan.

Program ini di rasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Adbul Ghani.

 

Tinggalkan komen anda