Skip to main content
EkonomiHomePutrajayaViral

Sidang Media Tun Mahathir Bersama Lima Lain Di Putrajaya

By 12 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 12 Okt — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penahanan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang adalah satu penyalahgunaan kuasa dan tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia bernasib malang apabila pihak berkuasa memberi ‘mesej’ bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang melaporkan sesuatu kesalahan mengenai pemimpin tertinggi negara.

“Mereka guna perkataan ‘sabotaj’ dari sudut pandangan mereka sendiri. Mereka ketepikan suara dan protes rakyat, kerajaan tidak berfungsi seperti sepatutnya.

“Ini perkara biasa… kita lihat kesalahan kita lapor, tapi sebaliknya pihak berkuasa tangkap kita. Undang-undang untuk kebaikan rakyat bukan untuk untuk kerajaan sahaja…Khairuddin terpaksa buat laporan di luar negara kerana Peguam Negara tak ambil tindakan. Lapor saja, bukan dia pergi pasang bom atau guna senjata,” katanya pada sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.

Sidang media yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu turut dihadiri Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat.

Kesemua mereka hadir bagi menyatakan sokongan dan persamaan pendapat bahawa penahanan Khairuddin dan Matthias adalah satu penyalahgunaan undang-undang dan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya mereka dibebaskan.

…LAGI AKAN MENYUSUL
— MS

 

Tinggalkan komen anda