Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

SK Dato Hj Zainuddin Bandar Baharu Sambut Jubilee 100 Tahun

By 19 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 19 Okt (Malaysiaaktif) — Sekolah Kebangsaan Dato Hj Zainuddin Bandar Baharu kini menyambut Jubilee 100.

Sekolah yang ditubuhkan pada 1915 itu merupakan antara sekolah kebangsaan paling lama di daerah ini.

Semalam, sekolah bersama persatuan alumni sekolah meraikan detik bersejarah ini dengan penganjuran pelbagai aktiviti, termasuk pameran, jualan dan pertandingan melibatkan murid dan guru, sementara esok akan diadakan ceramah agama oleh Datuk Kazim Elias.

Majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menghimpunkan kembali begitu ramai bekas pelajar sempena majlis ini.

Beliau juga berharap Sekolah Kebangsaan Dato Hj Zainuddin dapat mengekalkan prestasi di masa-masa akan datang.

Majlis sambutan Jubilee 100 tahun sekolah ini bermula pada 15 Oktober dan akan berakhir esok, 20 Oktober.

 

Tinggalkan komen anda