Skip to main content
EkonomiHomeViral

Chua: Hasil GST Diumumkan Jumaat Ini

By 19 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Malaysiaaktif) — Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan diumumkan semasa pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat ini.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan kutipan sebanyak RM 23.2 bilion sejak GST berkuatkuasa April lalu.

“Pelbagai barang dan perkhidmatan telah dikecualikan atau dikenakan GST pada kadar sifar yang keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM3.8 bilion,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

“Pelbagai pakej bantuan diberikan kepada rakyat, seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM4.9 bilion serta pengurangan kadar cukai individu dan syarikat, masing-masing sebanyak satu mata peratusan.”

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan telah membayar balik tuntutan cukai input GST sebanyak RM4.5 bilion kepada entiti perniagaan.

“Jumlah tuntutan cukai input yang difailkan oleh syarikat-syarikat perniagaan dalam tempoh 14 hari bekerja telah meningkat setiap bulan dan mencecah 41 peratus.

“Pada masa sekarang, terdapat juga yang salah mengisi borang.  Kerajaan juga tidak mengenakan kompaun kerana buat masa ini kita di peringkat untuk memberi bimbingan,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mengesahkan cukai GST akan dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai program bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat.

 

Tinggalkan komen anda