Skip to main content
HomeViral

Akses Percuma iTTV Bantu Pelajar Ketika Jerebu

By 19 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 19 Okt (Malaysiaaktif) — Penutupan sekolah kerana jerebu bukan lagi isu apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan program pembelajaran atas talian (E-Learning) dengan kerjasama iTTV Education di Putrajaya semalam.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihaknya berasa bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan terbaik kepada lebih 10,100 sekolah yang menempatkan lebih lima juta pelajar di seluruh negara.

Tambahnya, dengan paparan menarik dan guru berkualiti, iTTV telah menyiarkan pelbagai kandungan akademik mengikut sukatan pelajaran KPM yang mencatatkan hampir dua juta tontonan di YouTube sejak 2012.

Dengan lebih 1000 jam kandungan akademik, video iTTV telah disiarkan di Youtube, Astro Tutor TV. Tonton Learn, www.ittv.com.my, dan HyppTV.

Mata pelajaran teras, termasuk sains seperti Biologi, Fizik, dan Kimia lengkap tersedia untuk semua pelajar SPM.

Manakala mata pelajaran teras, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains  tersedia untuk rujukan pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 3.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Wan Khazanah Ismail.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif iTTV, Boon Tan “Jika selama ini pelanggan iTTV perlu membayar RM200-RM400 setahun, mulai hari ini sebanyak 2,244 video iTTV boleh diakses  percuma selama tiga hingga enam bulan di semua rangkaian iTTV, seperti www.ittv.com.my, dan saluran iTTV Education di Youtube https://www.youtube.com/user/iBoxXIPTV.”

 

Tinggalkan komen anda