
Oleh Siti Yusmila Yusof (Baling)
BALING, 7 Nov (Malaysiaaktif) — Jumlah mangsa banjir di daerah Baling meningkat kepada 482 orang dan sebanyak lima pusat pemindahan banjir telah dibuka sejak semalam.
Mangsa paling ramai dipindahkan ialah dari Kampung Tanjung Merbau, iaitu seramai 200 orang. Mereka ditempatkan di Kompleks Rakan Muda, Batu 42.
Tinjauan Malaysiaaktif pagi tadi mendapati tiga orang bayi, masing-masing berumur tujuh hari, 14 hari dan dua bulan antara mangsa yang dipindahkan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Seorang bayi, Nur Damia Mohd Sufian berusia dua bulan pengidap jantung berlubang.
Buat masa ini, pelbagai agensi, termasuk JPAM, Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RELA, JKR, ATM, dan Pejabat Kesihatan Daerah Baling memantau kawasan yang dilanda banjir dan pusat pemindahan.
Petang ini Malaysiaaktif Baling melaprkan bahawa banjir semakin surut.