Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Adenan Umum Tol Jambatan Tun Sallahudin Bebas Tol

By 24 November 2015November 26th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

BAU, 24 Nov (Malaysiaaktif) — Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pemansuhan tol di Jambatan Tun Salahuddin akan berkuat kuasa menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata pemansuhan tol tersebut sekali gus menjadikan Sarawak bebas tol seperti yang dijanjikan selepas pemansuhan tol bagi Jambatan Lanang di Sibu dan Jambatan Asean di Baram Miri.

“Menjelang akhir tahun ini, tiada lagi tol di Jambatan Tun Salahuddin,” kata beliau semasa menghadiri Majlis Penyampaian Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6, Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 dan Cek Pampasan Tanah, hari ini.

Pengumuman tersebut disambut gembira oleh penduduk yang hadir pada majlis berkenaan bertempat di Dewan Suarah Bau. Tambahan, notis yang disiarkan di pintu tol baru-baru ini juga jelas menandakan bahawa kadar tol Jambatan Tun Salahuddin akan dihapuskan.

Untuk rekod, tol Lanang Sibu telah dimansuhkan pada Mei lepas diikuti tol Jambatan Asean Baram yang dimansuhkan pada Jun 2015.

 

Tinggalkan komen anda