Skip to main content
HomeViral

Teknologi Tidak Sempurna, Perlu Periksa Badan – Aziz Kaprawi

By 24 November 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Faris Fuad (Parlimen)

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Pengangkutan, , Datuk Abdul Aziz Kaprawi berpendapat isu yang dibangkitkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)- Putatan, Datuk Dr. Makin@Marcus Mojigoh mengenai isu ‘raba-raba’ ketika pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang sebagai tidak relevan.

Beliau memaklumkan teknologi pada zaman kini masih tidak sempurna dalam mengesan sesuatu barangan.

“Mengenai yang dibangkitkan Putatan mengenai raba raba, isu raba-raba ini tidak timbul. Lelaki diurus oleh lelaki dan perempuan diurus oleh perempuan.

“Bukan semua pengesan badan boleh kesan contohnya bahan letupan ceramik. Jadi oleh kerana kita mengamalkan tahap keselematan yang tinggi, maka ianya perlu dibuat.

“Raba-raba ini tiadalah di tempat sulit, tempat luar-luar yang biasa sahaja,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli Parlimen PKR-Batu, Tian Chua melahirkan rasa hairan bagaimana tangan dibuktikan lebih berkesan daripada penggunaan alat teknologi.

“Saya tidak takut diraba. Menteri kata tangan sensitif boleh kesan bom tanpa sentuh alat sulit. Ini saya kagum. Kita boleh exportlah orang Malaysia keseluruh dunia untuk kesan bom.

“Ini bukan perkara yang main-main. Kalau nak raba-raba sepuluh kali untuk pastikan tidak ada bom untuk keselamatan tidak ada masalah,” katanya dalam sidang yang sama.

 

Tinggalkan komen anda