Skip to main content
Berita TengahGlobalHomeKuala LumpurSelangorViral

Air Force One Bawa Obama Mendarat Di Subang Sebentar Tadi

By 20 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PETALING JAYA, 20 Nov (Malaysiaaktif) —Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Malaysia sebentar tadi untuk lawatan tiga hari sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Ke-27 ASEAN dan beberapa persidangan lain.

Pesawat presiden, Air Force One, mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 3.30 petang dari Manila, Filipina di mana beliau menghadiri perhimpunan APEC.

bama

Obama disambut oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama satu perbarisan kehormatan oleh anggota-anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja

Acara pertama dalam agenda lawatan beliau di Malaysia, mesyuarat bersama Belia ASEAN di kampus tepian tasik Taylor’s University di sini.

 

Tinggalkan komen anda