
Oleh Norhasliza Hamzah & Ahmad Aizuddin Miskandar (Segamat)
SEGAMAT, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Kanser payudara merupakan jenis kanser kedua paling kerap berlaku. Kajian tentang kanser payudara yang dijalan di Hospital Segamat dari 2011 hingga 2014 mendapati 60 peratus kes membabitkan kanser tahap 3 dan 4.
Situasi ini mendorong kepada penubuhan di Hospital Segamat. Pusat ini yang pertama ditubuhkan di dalam Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengarah Hospital Segamat, Dr Aman Rabu berkata, pusat ini merupakan inisiatif Hospital Segamat melalui Jabatan Pembedahan Am dalam memberi kesedaran dan rawatan kepada masyarakat.
Menurutnya lagi, pesakit boleh hadir tanpa membuat sebarang temu janji atau rujukan daripada pegawai perubatan kerana B-Care berkonsepkan hadir tanpa temu janji.
Bersempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Peringkat Daerah Segamat, Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2015 dilancarkan semalam oleh Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd.Manap.
Majlis bermula pada pukul 7.00 oagi di Dataran Segamat dengan aktiviti, termasuk seperti Segamat Pink Run 2015 dan sukaneka.