Skip to main content
Berita TempatanSabah

Remaja 13 Tahun Lemas Di Sg Sirong Sumandak Sumbiling

By 25 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohammad Abdul Rahman@ Banchang (Sabah)

BONGAWAN, SABAH, 23 November 2015 (Malaysiaktif) – Keriangan gelak ketawa bersama rakan-rakan ketika sedang bermandi manda akhirnya berkesudahan dengan kesedihan apabila seorang remaja berusia sekitar 13 tahun dipercayai mati lemas ketika sedang mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Sirong Sumandak Sumbiling, Ulu Bongawan pada Isnin.

Mangsa yang berasal dari Kampung Silat/Biau dipercayai dihanyutkan oleh arus deras ditemui oleh penduduk kampung pada kira-kira pukul 6.45 petang.

2015-11-25 19_06_53-MA Sabah Bil 54(2015) - Remaja 13 tahun lemas di sungai sirong sumandak sumbilin

Sejurus ditemui mangsa dibawa ke Hospital Papar, namun gagal diselamatakan dan disahkan meninggal dunia kemudiannya oleh pihak hospital.

Polis Bongawan menyifatkan kejadian sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dibawa oleh ahli keluarga dan dikebumikan di Sepanggar, Kota Kinabalu.

 

Tinggalkan komen anda