
Oleh Haliza binti Mohd. Taib (Muar)
MUAR, 12 Nov (Malaysiaaktif) — Banjir kilat berlaku di Kampung Jeram Tepi semalam mengakibatkan beberapa buah rumah dinaiki air dengan mendadak.
Banjir berlaku disebabkan hujan sejak kira-kira pukul 6.00 petang hingga ke lewat malam.
Seorang penduduk, Abu Bakar Omar, berkata beliau terpaksa berpindah bersama keluarganya kerana air naik tinggi. Selain rumahnya, beberapa rumah penduduk lain di kampung yang sama turut terkesan,
Menurut mereka banjir kilat berpunca daripada parit yang tersekat serta pemasangan pembetungan yang tidak mampu menampung aliran air.
Keadaan kembali pulih hari ini.