Skip to main content
Berita TempatanJohor

Bantuan Kepada K1M India Mersing Sempena Deepavali

By 12 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zahairi Ahmad Zabidi (Mersing)

MERSING, 11 Nov (Malaysiaaktif) — Majlis Sinar Hari Deepavali diadakan khusus untuk lebih 150 orang penduduk India di Mersing pada Ahad lepas.

Dianjurkan oleh Komuniti 1Malaysia (K1M) Masyarakat India Mersing, MIC Cawangan Mersing dan UMNO Mersing, majlis tersebut ialah untuk bersama meraikan kegembiraan masyarakat India di sini, khususnya golongan yang kurang bernasib baik.

Majlis disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mersing, Dr Abdul Latif Ahmad. Beliau turut menyampaikan sumbangan Deepavali berupa beras, tepung, gula dan juga 2kg daging kambing kepada para penerima yang layak, sementara pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan pula menerima sumbangan wang tunai.

Dalam majlis yang sama, Pengerusi K1M Masyarakat India Mersing, K. Baskeran melahirkan rasa terima kasih kepada Dr Abdul Latif di atas sumbangan beliau dan berharap majlis tersebut diteruskan tahun hadapan.

Dr Abdul Latif pula berkata sumbanganya merupakan penghargaan kepada masyarakat India Mersing yang juga penyokong dan pengundi beliau.

Lebih 150 orang menghadiri majlis tersebut.

 

Tinggalkan komen anda