Skip to main content
HomeViral

Siasatan Polis Ke atas Tun Mahathir Hampir Selesai – Polis

By 7 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa seminggu atau dua minggu lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan tehadap bekas perdana menteri itu hampir selesai dan perkara itu akan dirujuk kepada pejabat DPP dalam masa terdekat.

“Kami akan menyiapkan kertas siasatan sebelum ia dirujuk ke pejabat DPP. Ia hampir selesai. Secepat yang mungkin. Mungkin dalam satu atau dua minggu lalu,” katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini ketika ditanya mengenai siasatan tersebut.

Noor Rashid mengesahkan tiga pegawai polis dari Bukit Aman bertemu dengan Dr Mahathir pada Jumaat untuk merekodkan keterangannya berhubung beberapa insiden termasuk kehadirannya semasa perhimpunan Bersih 4, Ogos lalu.

 

-MS

Tinggalkan komen anda